Destiny_kampungurls

June 30, 2009

Cikgu Berahim & anak muridnya…

Filed under: Uncategorized

PART I
Cikgu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di
padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Berahim akan menyuruh murid²nya
melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring
dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh
basikal. Cikgu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada
mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu
Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa
sebab kau berhenti ni hah". "Oh Cikgu Berahim, basikal saya tengah
turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak.

PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Berahim telah
bertanya kpd murid²nya.

Cikgu Berahim : Siapa nak masuk/pergi syurga? Semua murid mengangkat
tangan kecuali Man Dol lalu Cikgu Berahim pun bertanya,

Cikgu Berahim : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan
pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…

Cikgu Berahim : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat
kek di dapur.

Cikgu Berahim : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie..tak sekolah ke hape??

PART IV
Seperti biasa, Cikgu Berahim nie mengajar pelajar di sekolah agama.
Cikgu Berahim mengajar budak tahun satu. Pada hari tersebut, beliau
mengajar bab "cara berwudhuk". Selepas mengajar, beliau (Cikgu
Berahim) selalu meminta muridnya bertanyakan soalan jika terdapat
kemusykilan.

Cikgu Berahim : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?

Tiba² seorang anak muridnya mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol.

Man : Ada Cikgu. Saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil
wudhuk dua kali?

Cikgu Berahim : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?

Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu
tu boleh buat spare part!

Cikgu Berahim : Allahhuakbarr!!!

PART V
Cikgu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe : Untuk mencari makanan cikgu.

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang
pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya cikgu.

Cikgu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Dol : Untuk membungkus nasi lemak, cikgu…

Cikgu Berahim: Uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://mass83.blogsome.com/2009/06/30/p217/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer