Destiny_kampungurls

November 26, 2008

jangan makan lebihan makanan anak2….sbb apa ek?

Filed under: Uncategorized

Assalammualaikum. …..
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan …dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen … tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu …
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ….either belen makanan mak atau abah … tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan… kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain … samada kami perasan atau tidak ….so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak …
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri …arwah tok perempuan kami lah sebelah abah …mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak…dan saya sendiri akui kesannya …..makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok …jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak… samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik …dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka … solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib … kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam … kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat… ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang …
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ….tak caya try buat …solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib …. dapat semua waktu lagi baik …sangat besar ‘rahsia’ dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly…
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you’ll lose nothing. Wallahu A’lam… Terima Kasih,

 

* benda nie aku dapat dari email…yang baik tue jadikan sempadan yang buruk tue jadikan teladan. 

 

November 22, 2008

jawap TAG dari kamezaim…

Filed under: Uncategorized

Disebabkan dah lama x berupdate blog ni…aku telah dikenakan denda oleh kamezaim iaitu kena jawap Tag yg telah diberikan berserta syarat2 nie :-

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair…just take a picture….
3) Post that picture with NO editing…
4) Post these instruction with your picture…
5) Tag 10 people to do this..??? ‘i don’t like Tag a people hik..hik..hik…’

 

Diharapkan jawapan ini memuaskan hati kamezaim dan kawan2 yang datang melawat kat sini. Okeh nak blaik keje dah lapag nie da…The End…toceh2…

November 14, 2008

setiap wanita itu cantik… :)

Filed under: Uncategorized
Wanita Cantik yg suka Menangis…

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"saya tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu selalu menangis?"

"Semua wanita suka menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu telah dewasa tetapi dia masih dibelengu persoalan yang sama, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya dia bertanye kepada yang MAHA ESA "Ya ALLAH, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



tidakkah Kau tahu:

" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


 
Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah…,

…Setiap Wanita itu Cantik…
 

November 4, 2008

Roti Boy…

Filed under: Uncategorized

Entry khas tuk member blog yang bernama Anip : http://grapeandlychee.blogspot.com/ > Anip nie la rupa bentuk Roti Boy tue. Rasa roti boy nie hanya berperisa ala2 kopi dan manis skit. Memang sedap dimakan ketika panas2 kerana kerak nya yang ranggup menyaluti roti tersebut. Didalam plak ada inti planta sedikit masin. Kanak2 pon suka gak makan roti ni. Dulu harga Roti Boy nie RM 1.50 kini Harganya telah meningkat kepada RM 1.80 sebiji.

Roti Boy 

Pembalut Roti Boy 

Beg Plastik Roti Boy 

All 

# Kalau ada kengkawan yang teringin nak makan Roti Boy Nie bleh la datang Ke Alamanda, Putrajaya @ cawangan yang berhampiran anda. 

 






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer