last day keje arini…bcuti pada 30hb to 7hb…yeay…yeay…besok hari RaYa
Hari ini adalah hari terakhir aku berkeja dan akan bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Dah beberapa hari aku sebok je memanjang bulan ramadhan nie. Sehinggakan Sabtu dan Ahad pon aku bekerja gak. Letih giler….
…Bukan apa setiap kali aku nak update jerk blog aku nie mesti ada jerk customer datang. habis terbantut segala isi2 yang nak dikeluarkan tadi.
Tadi malam aku baru berkesempatan nak paking baju2 dan kuih2 raya untuk dibawa balik ke kampung pada malam. Lepas paking tue mata pon mula la ngantuk yea lah masa berbuka tue makan nasik lemak plak. Lam kol 12 ngah malam gak la baru aku terlelap… Dalam tido tue bleh plak aku termimpi dah naik bas balik dan sampai ke kampung serta bermain2 bunga api ngan adik2 aku. Sedang aku asyik bermimpi tetiba jam hp aku berbunyi agak membingitkan teliga aku pon buka mata dan terjaga dan melihat sekeliling rupa2 nya aku masih lagi di Putrajaya…OMG…kecewa giler beb..aku sangkakan aku nie dah sampai ke kampung. adusssss…

Pagi nie aku kena menjalankan tanggungjawab sebagai kerani insuran lagi 8 jam…huwaaaaa.
Seawal jam 9 pagi dah ada customer datang…dah la tue nak wat insuran kereta tapi yang t’party lak tue…sedangkan loan finance dengan Bank masih ada x boleh buat tparty bahaya sekiranya kenderaan tersebut berlaku kemalangan @ kecurian syarikat insuran boleh kena SU…ngan Bank Negara woooo. bukan satu kes jerk tue ada lagi sebijik keta pon nak gak wat macam tuh mana bleh weiii…kecuali Kurnia Insuran jerk yang terima. Insuran lain pon aku rasa sama gak x terima coz insuran kat atas nie MNI pon x terima. Itu kes 1 dan 2.
Kes ke 3 nak jual kereta tapi nak refund secepat mungkin dan menuntut mudharabah kerana menurut syarikat insuran Yang bertittle kan Takaful nie Ada satu sistem dipanggil mudharabah iaitu sekirannya tiada berlaku apa2 musibah pada kenderaan tersebut selama satu tahun akan diberikan duit iaitu sebanyak 50%-50% keuntungan syarikat dan peserta sekiranya syarikat mempunyai untung baru lah keuntungan tersebut di beri kepada peserta. Tapi peserta nie dah mengamuk nak mudharabah tersebut sebab dah lebih dari setahun dia amik insuran keta nih. Jenuh berbuih aku nak terangkan kat kat customer nie. Sampai dia nak wat report polis la nak massukkan kat tv3 mengatakan syarikat insuran nie amik duit dia…Premium yang dia bayar RM600 something jerk pon…tp yea lah klu dah kata hak dia mesti la dia nak tuntut habis2an kan. Pening kepala aku dibuatnya.
Kes ke 4 sistem insuran kat aku nie x boleh buat plak dah…Dah la ramai yang datang nak renew insuran keta diaorang last2 minute nih. Sabo je lah. Hari nie ramai kengkawan aku kat agensi nie da balik ke kampung. Seronok betul diaorang…tapi sesiapa yang bercuti awal akan mula keje pon awal la jawapnyer….ekekekek…
Dikesempatan yang ada nie aku ingin sesangat memohon ampun dan maaf kepada semua member blogger yang mengenali aku atau yang x mengenali aku secara maya x kisah lah kan sekiranya ada tutur kata yang silap dan salah. 0-0 k. Kepada kowang smua aku doakan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Yang memandu tue hati-hati dijalanraya klu letih berehat lah sebenter di Hentian Rehat yang disediakan. Ingatlah orang2 yang tersayang.
p/s : Aku dah x sabar2 nak balik kampung nih weiii…yeay…yeay…dok kira jam jerk nak g ke Pudu nek bas. Mak i’m back…*lompat2 sonok nak balik kampung. Sesiapa yang tahu alamat umah aku maka dijemputlah datang berhari raya yea.









" />
" />
" />
" /> 
