Destiny_kampungurls

August 26, 2008

bz weh…

Filed under: Uncategorized

Aku x sempat lagi nak update citer kat MAHA tue. Memang bz sesangat. Bila da free nanti aku aku akan tempek gambo2 kat sini k. Chow chin caw…

August 23, 2008

Hari nie hari Takhir Event MAHA

Filed under: Uncategorized

 

Aku amat berharap dapat p MAHA yang dianjurkan oleh MOA ( Ministry Of Argiculture) toi ke apa yg  aku cakap nie? Xpe t aku akan betolkan balik. Berlansung kat Serdang tue bukan jauh mana pon klu ikut dekat je bsebelahan ngan Putrajaya. Dah la hari nie hari terakhir yang bermula pada 09hb Ogos sehingga 23hb Ogos ni. Agak kerugian gak la klu x p. Orang yang tinggal di hujung dunia pon dah sampai ke Serdang tue. Itu la aku nie mempunyai masalah transport klu la aku ada kenderaan sendiri kan senang. InsyaALLAH pas keje tengahari nie aku akan cuba untu pergi kesana. Aku nie memang suka ngan aktiviti pertanian n perternakan. Mujur umah flat aku nie xder tanah jerk klu x dah macam2 pokok herba aku tanam. Time nak masa petik je kat pokok fresh from tree.

Klu plan aku nie menjadi akan ada lah gambar2 aktiviti tue kat sini nanti…klu plan x berjaya xder ah apa lagi.*kecewa. 

 

 

 

 

August 20, 2008

lom puas lagi bcuti neh….

Filed under: Uncategorized

Walaupon bercuti selama 2 hari pada waktu bekerja amatlah berharga bagi kepala hotak aku untuk berehat dari segala masalah2 kat opis nie. Arini datang keje dah rasa lain skit. Dan masalah yang tersangkut kembali kena handle…adoi la…nak kena cuti sebulan plak la pasni. Balik aritu masih lagi ada saki baki buah durian.

Jemputan kenduri kawin pon banyak aku p. Seharian ari Ahad aritu makan nasi minyak jerk….itupon masih ada umah kenduri yang x sempat aku nak p da letih dan kenyang makan nasi minyak ekekekek…

Bila dah balik tue dan bercuti lama memang x sah kalau x berjumpa saudara mara dan sahabat handai…bukan pe diaorang nak kena jumpa klu x diaorang mesti lupakan kita, ye ke? Bukan aku ke yang akan lupakan diorang? Almaklumlah orang bz la katakan balik pon sekali sekala memang banyak berlaku perubahan. Klu manusia tue sebelum ni comot2 sekarang dah makin ensem2 dan cun melecun…yang dulu rambut itam bkilat sekarang dah beruban penuh. Dari segi tempat plak yang dulu nya semak samun sekarang dah tumbuh bangunan2 batu batan yang semesti memberi peluang pekerjaan kepada penduduk2 kat umah aku tue.

Apa yang membuatkan aku kagum adalah kawan2 seangkatanku kini semuanya telah mempunyai aset sendiri iaitu memiliki kereta antara nya :-

  1. Laila        :- Dah pakai Waja ( Silver )
  2. Iyza        :- Honda Vios ( Hitam )
  3. Diana       :- Proton Satria ( Merah garang mcm tuan dia gak)
  4. Kak Intan : - Perodua Kancil ( Silver)
  5. Shahliza   :- perodua Kancil ( Silver )
  6. Aku         : - ????? MASIH mengunakan pengangkutan awam huhhuhuhu….
Halemak…tetiba terasa rindu plak kat family aku kat kampong nun…riuh rendah suara adik2 aku…uwawawa…

 

 

 

Terima kasih kat Laila coz sudi amik mass kat Butterworth dan bawa nek keta ronda2 Penang. Memang seharian tue x puas beronda kan Laila kan…kan….ekekekek….t nak amik cuti lagi ah…. 

August 16, 2008

akan bcuti selama 2 hari yaeyyy

Filed under: Uncategorized

yes…pada petang ni lepas keje kol 1 aku akan bsiap2 untuk balik ke kampung. Untuk kali ke pada bulan ini. Eeeee….kenapa x bleh nak masukkan gambo plak ni. Benggang betol la…

K lah nak chow ah…isnin dan selasa cuti yaeyyyy….c u all wednesday k… 

August 15, 2008

Macam macam gelagat

Filed under: Uncategorized

adik aku nie memang pantang dapat kamera. Ha mula nak wat posing macam2…alih2 hp bkamera aku gak yang jadi mangsa. Sampaikan masa Aku nak balik ke K.L. pon dia xnak lepaskan hp aku tue.

< —- comelkan saya….

Dah la petah bkata2 walaupon baru berumur 4 tahun. 

August 14, 2008

yeay…dapat award dari kamezaim…

Filed under: Uncategorized

Setelah sekian lama bkecimpung dalam dunia blog nie…nie la kali pertama aku menerima awards*penghargaan yang diberikan oleh kengkawan bloger…award nie telah diberikan kepada aku oleh mr. kamezaim trima banyak2 yea kamezaim….


Pasni nak kena rajin2 la update entry @ blog…rajin2 memang nak update tapi aku nie masih banyak tugas*keje yang perlu aku selesaikan. Klu boleh hari2 aku nak update. Oklah x bleh lelama kat sini nak kena sambung tugas yang x penah jemu memangil aku. uwaaaa….

August 4, 2008

haru biru…

Filed under: Uncategorized

Pak Pandir dan Mak Andir risau kerana anak mereka,Ondeh,walaupun

sudah berumur 18 tahun,tetapi masih tidak tahu hendak kerja apa.sekejap

cakap hendak jadi businessman,sekejap hendak jadi tok guru,sekejap

hendak jadi petani,tapi Cuma cakap saja,usahanya tidak.

            Jadi,Pak Pandir dan Mak Andir merancang untuk menguji anak
mereka itu.

Suatu pagi,Pak Pandir dan Mak Andir tinggal kan sekeping nota di atas meja

di ruang tamu.Pada nota itu tertulis perkataan,"Ayah dan mak pergi
pecan,petang baru balik."

Di tepi nota itu mereka tinggal kan wang kertas RM50,sebuah kitab agama dan

sebotol arak.Pak pandir dan Mak Andir kemudian nya menyorok dalam bilik kecil

tidak jauh dari meja tersebut.

       Kata Pak Pandir,"Kalau Ondeh ambil duit,maknanya dia akan jadi
businessman.

Kalau dia ambil kitab,maknanya dia akan jadi tok guru.Tapi kalau dia pilih

arak,dia akan jadi manusia yang paling tidak berguna di dunia ini."

      Pak Pandir dan Mak Andir terus mengintai dari celah pintu.Sejam kemudian

mereka ternampak Ondeh balik,lalu mencapai nota di atas meja.Selepas

membacanya,Ondeh mengambil not RM50,lalu membelek-beleknya depan

belakang,kemudian masukkan kedalam poket.

     Setelah itu Pak Pandir dan Mak Andir lihat Ondeh ambil kitab,

kepit di celah ketiaknya.Akhir sekali,Ondeh mencapai botol

arak dan menogoknya.Setelah itu,Ondeh keluar semula dengan

membawa ketiga-tiga barang tersebut.

    Pak Pandir tepuk dahi."Aduuhh….ini lebih teruk daripada

apa yang abang bayangkan."

    "Kenapa paknya?"Tanya Mak Andir.

"Ondeh akan jadi ahli politik!"

August 1, 2008

Arini Jumaat nak bagi tazkirah skit… :)

Filed under: Uncategorized

SYAITAN DAN RUMAHTANGGA BAHAGIA

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan adalah:

1. Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya. Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala, membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblis dan syaitan.

2. Zikir ketika masuk dan keluar rumah.


Daripada Abu Malik Al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan: Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian memberi salam kepada keluarga.” – (Riwayat Abu Daud).

3. Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: “Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik.” – (Surah an-Nur, ayat 61).

Imam An-Nawawi berkata: “Disukai untuk mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.” Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allah keselamatannya.

4. Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan: “Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.” – (Riwayat Muslim).

5. Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.
Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”

Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

6. Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya: “Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud: “Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib.” – (Riwayat Nasai’).

7. Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata: Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orang adalah kamu.” – (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguan syaitan dan konconya.

8. Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.


Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir (doa) pada waktu jimak ‘bersama’ bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: “Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya.” – (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat. – (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: “Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak.” – (Riwayat Bukhari dan at-Tirmizi).






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer