mengapa hanya gadis melayu yg dirasuk…ikuti kisah ini….
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu
dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina danindia . Di
mana salah nya……..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan
syaitan. kes histeria disekolah kat BSB…… Misteri di Asrama Puteri
terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani
hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama
hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika
sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu
hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu
pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik
dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan
semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat
dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun
terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu. "Mengapa kau rasuk
pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi
sasaran kau wahai syaitan yang direjam" Dengan menarik nafas panjang,
si ketua jin pun menjawab…
?
?
?
?
?
?
?
?
""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada
Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK…""
""Aduhai… kekekeekeeee…""
Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul…..pi buat keja
cepat..

wah.. caya laaa cita nie… mula2 macam nak percaya… dok kat tengah dah nak kona cita dah.. last2 aku yang terkena…. hampeh sungguh…
Comment by cikon — July 25, 2008 @ 10:01 am