Destiny_kampungurls

May 15, 2008

no komen…

Filed under: Uncategorized

Pada 14hb yang lepas ibuku telah selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki…iaitu yang ke 10 dalam familyku…aku rasa mungkin ini adik yang terakhir. Adik yang ke 10 nie adalah satu2nya adik tiri yang dilahirkan oleh ibuku ngan bapak tiriku kini. Gembira bercampur blur…gembira sebab mak aku dah selamat melahirkan anak…blur macam mana aku nak menggangap adik tiriku ini sebagai adik kandung sendiri. Nama masih belum tau lagi. Aku pon xtau lagi bila akan balik kampung untuk menziarah mak dan adik baru ini.

Klu sebelum ni aku dah pernah memanggil kakak dan abang tiri anak dari bapakku yang berbin dan bernintikan nama bapakku dan kini aku kena menghadapi adik tiri dari ibuku berbin dan berbiintikan bapa tiri plak. Walauapapon aku terima ketentuan Illah padaku dan keluargaku dengan seadanya. Aku sebagai anak sulung dari 10 beradik agak berat nak mengahadapi situasi ini sekarang…aku nak kena adil dengan smua adik2ku kini. Aku harap aku akan tabah menghadapi ujian demi ujian dan hari demi hari.

Apa masalah ngan laki orang nie ek??? 

hari nie memang betul2 aku hangin! Kenapa laki orang nie menganggu hidup aku ha! Dok tunggu aku kat opis nie! eeeeee…..xpaham betul la aku! Anak bini dok tunggu kat umah yang dia dok berpoya2 ngan orang lain! eeeee….macam nie ka orang laki yang nak buat laki! "maaf lah kasar skit bahasa aku" nie!

Aku betul2 takut nak kawen sekarang nie…klu la lah macam nie punya perangai orang laki zaman sekarang nie. Dua orang laki orang sekarang nie…waktu nie dok tunggu aku kat opis dan masing2 berebut nak hantar aku balik! weiii…aku x mintak korang "laki orang" hantar aku balik la…aku dah biasa naik bas la!

Hat sorang nie klu x dapat berjumpa ngan aku secara berdua dia akan datang lagi sehingga bleh berbual berdua ngan aku ja. Macam nak anggap dia macam abang? Aku rasa abang tiriku aku pon x mesra macam nie nak belikan macam2 kat aku. Klu pemberian tue ada makna disebaliknya lebih x payah beli atau bagi apa2 kat aku…klu ada pertolongan yg aku tolong tue adalah ikhlas x diminta sebarang balasan. Apa la salah aku. Buat baik pon susah buat jahat apa ntah lagi!

* setiap hari akan ada aje ujian dan dugaan yang terpaksa aku hadapi. Aku anggap ujian dan dugaan nie membuat aku lebih ingat pada yang ESA…






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer