new hair…new look…
Semalam mencatat sejarah dalam hidup aku buat kali pertamanya aku mengunting rambut separas telinga. Alamatnye aku x bleh la balik kampung 2 or 3 bulan nie sehingga rambut aku panjang skit. Mak aku mesti akan bising klu tau aku potong rambut walau seinci…ini kan plak potong sehingga paras telinga dari paras pinggang. Bukan takat mak aku je yang akan bising malah mak2 sedara aku pon akan bising klu aku potong rambut…ala dah betahun2 aku berambut panjang semenjak dari kecik aku dah mmg brambut panjang.
Memang tersangat lah teruja semalam bila aku dapat potong rambut nie. Klu sebelum nie tiap kali aku nak potong rambut aku akan nangis tapi smalam memang pecah rekod dalam hidup aku…aku x nangis tuk potong rambut. Aku ada sebab yang tinggi tuk potong rambut nie. Aku pernah habiskan RM 500 lebih dalam 1 tahun tue tuk cantikkan rambut semata2…walaupon bukan dibuat untuk tontonan umum tapi untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku teramat2 lah SAYANG kepada rambut aku nie berbanding anggota badan lain hehe…"rambut adalah mahkota wanita" lalala…
Tapi xpe rambut aku nie jenis yang cepat panjang. Lepas potong pendek aje rambut aku nie semalam memang nampak sedikit perubahan kat wajah aku…komen yang aku dapat selepas brambut pendek:
Budak umah : - " kak mass potong rambut ek? nampak matang la" naper sebelum nie aku nampak cam org tua ke? huhu…
Kak Nana Klinik : - " muka macam ada pelakon tue aku x ingat nama dia" yerk ke?
Kak N klinik : - " ha…sesuai ngan muka ko" rambut baru nie sesuai ngan aku la ek?
Adikku nombo 3 Linda : - erm….ok la….ok jer? ala jeles r tue coz lbh cute dari dia hahaha…
Adikku nombo 4 mahani : - muka ang macam Kemah adikku yang bernombor 7…a’a laaaaa…tp adiku yg nombo 7 nie cakap muka dia x lawa mcm aku uwaaaaa…..ke ada maksud len ha?
Walau apapon komen korang aku terima dengan seadanya dan aku gembira ngan rambut baru ini. Lagipon aku x mintak di beri sebarang komen hak..hak…
* pic rambut terbaru aku x dapat di pamerkan ada sebab2 tertentu mekasih!
:~ Selamat Hari Ibu xpecialy mymom MASITAH BINTI MAT ZAIN semoga mak sihat sentiasa disisi anak2mu dan untuk semua ibu2 didunia semoga kalian tabah mengharungi cabaran & dugaan dalam melahirkan, membesarkan dan membentuk permata hati…
:~ Selamat Hari Jururawat kepada Intan ( wife 5sal), 5sal, Azrina ( member skol), fariza juga ( member skol), kepada sepupuku kak Akma, Kakak Laila dan seluruh Jururawat. Penah g interview Jururawat Masyarakat tp xder rezeki oleh SPA tahun 2005. Aku harap akan dpt lg peluang interview Jururawat tue.
