Destiny_kampungurls

May 9, 2008

Bidadari Dunia Ciptaan Allah

Filed under: Uncategorized
Isteri yang solehah memang benar bidadari di dunia ini, Permata yang
amat berharga, Hiasan yang amat menawan, Peneguh yang amat kukuh,
 Isteri
yang solehah berbalut ilmu berselimut akhlak, Isteri yang solehah
menembus kalbu kerana semua yang dia lakukan berasal dari ketulusan
hati, dari keikhlasan jiwa.. Isteri yang solehah adalah rezeki yang
tidak ternilai dari Allah, Yang menggenggam segala kemuliaan, pemberi
segala kebahagiaan, Wahai kaum muslimin, pilihlah wanita solehah dengan
mensolehkan dirimu, Wahai wanita solehah, jadilah bidadari dengan
peribadi yang indah kerana Allah semata… .
 
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang
Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang
Baraqah dan yang Syadaqah."
 
Wanita Ananah:
banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau
buat-buat sakit.
 
Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,
"Aku membuat itu keranamu".
 
Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya
sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
 
Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan
keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.
 
Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias
mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.
 
Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.
 
mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar, Bagai wanginya pusara Masyitah… ..

 

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://mass83.blogsome.com/2008/05/09/bidadari-dunia-ciptaan-allah/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer