Destiny_kampungurls

April 19, 2008

Karektor kerja dan zodiak

Filed under: Uncategorized
Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya.
Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang
itu.
 
Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan
mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan
terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan
penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting
kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka
meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh
mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira,
berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu
terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang
suka bab macam tu!
 
Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja
yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka ‘kipas
mengipas’ ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya
melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni
memang agak ‘lembab’ sikit dan suka buat kerja ‘last minute’! Pun
begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada
orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak
memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan
Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.
 
Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak
kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh
menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama.
Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi
tak hairanlah mereka ni boleh menjadi ‘ratu gosip’. Mood dan
produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan.
Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka
menjelajah ke banyak tempat.
 
Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara
kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia
membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di
dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka,
pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran
kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap
peramah.
 
Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di
tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan
cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata
teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka!
Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk ‘mengawal’
mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar
mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu.
Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!
 
Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah
jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja
berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam
bekerja.Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap
pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian
sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan
diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu
diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
 
Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu
sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah.
Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan
di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya
mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil
mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak
memerintah mereka lebih-lebih pula!
 
Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan
daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya,
mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak
takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak
kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan
atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang
lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu
juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!
 
Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan.
Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik
mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana
itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!
 
Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin
lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk
mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan
pengetahuan dan skil kerja mereka.
 
Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan
sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya
usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa.
Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk
mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja
secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi,
bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!
 
Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat.
Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang
mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot! Mereka
gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!
 

 zwani.com myspace graphic comments

2 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://mass83.blogsome.com/2008/04/19/karektor-kerja-dan-zodiak/trackback/

  1. Bila baca… cam ada persamaan dengan diri kak e hehehehehehe :P

    Comment by kak e — April 22, 2008 @ 3:55 am

  2. ye ke kak e??? hat mn satu tue?

    Comment by mass83 — April 30, 2008 @ 3:36 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer