Destiny_kampungurls

April 30, 2008

jom test mata korang…

Filed under: Uncategorized

Sebarang kecederaan dari akibat menonton apa yang dipaparkan bukanlah tanggungjawab saya yea tp tangggungjawab korang sendiri hehehehe…layan…


 * cuba korang bawa biji mata korang ke kiri ke kanan ke atas ke bawah ataupon ikut suka korang nak perhatikan ular2 diatas nie. Korang akan dapat perhatikan ular2 diatas nie bergerak2. Betul x? Padahal lukisan ular kat atas nie dibuat secara statik sahaja. Ok perhatikan plak pic kedua kat bawah nie.


* ok…sekarang korang perhatikan plak titik yang kat tengah2 tue beberapa minit dan dalam masa yg sama korang akan nampak warna kelabu yang mengeliling titik tue akan hilang perlahan2…dah try ke?
 
 
* ok…caranya sama gak mcm korang tengok pic kat atas tue tp kali korang perlu gerakkan kepala korang kedepan dan kebelakang…ok apa korang akan dapat adalah bulatan yg mengeliling titik tue bergerak kan…ok pandai anak murid cikgu hik..hik…
 
* sakit gg dah hilang timbul plak sakit perot…isk..isk..adoi la…lepas satu … satu …sakit nyer…
 
* dah 2 hari Acik member Perda sesi 27 tompang umah kebetulan dapat keje as Juruteknik kat Putrajaya nie dan kebetulan gak dapat sama tempat ngan adik aku seronok sgt dapat berborak ngan dia macam2 citer yang kitaorang bual kan sampai kol 2 pagi hek..hek.. X sabar nak tunggu Cik Laila plak datang.
 
* malam nie aku akan bertolak balik ke kampung…berkobar2 beb…kira badan jerk ada kat sini otak smua dah transfer kat kampung…hak…hak…balik kampung t nak rehat puas2 nak g mandi air terjun saper nak ikut???
 

 

April 23, 2008

pagar diri???

Filed under: Uncategorized

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguh nya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi". Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari). Sekian wassalam.

zwani.com myspace graphic comments

 

April 19, 2008

Karektor kerja dan zodiak

Filed under: Uncategorized
Adakalanya karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya.
Kali ini jom kita tinjau zodiak dan apa pula karektor kerja seseorang
itu.
 
Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan
mereka melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan
terasa seolah-olah kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan
penarik minat utama mereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting
kepuasan kerja dan prospek kerja yang luas bagi membolehkan mereka
meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan pekerjaan yang boleh
mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini gembira,
berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu
terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang
suka bab macam tu!
 
Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja
yang baik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka ‘kipas
mengipas’ ni. Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya
melakukan kerja yang diberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni
memang agak ‘lembab’ sikit dan suka buat kerja ‘last minute’! Pun
begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada
orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak
memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan
Taurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.
 
Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak
kedekut ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh
menumpukan perhatian kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama.
Selain itu, mereka ini suka benar mengambil tahu soal orang lain jadi
tak hairanlah mereka ni boleh menjadi ‘ratu gosip’. Mood dan
produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan.
Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka
menjelajah ke banyak tempat.
 
Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara
kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia
membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di
dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka,
pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa. Persekitaran
kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap
peramah.
 
Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di
tempat kerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan
cuba mencari jalan untuk meningkatkan status mereka di mata
teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen, pasti tak diterima mereka!
Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang lain. Untuk ‘mengawal’
mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih tanggungjawab agar
mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi berwaspadalah kamu.
Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!
 
Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah
jika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja
berjalan lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam
bekerja.Tapi mereka ini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap
pada pandangan mata mereka. Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian
sebelum memulakan sesuatu tugasan yang diberikan bagi melengkapkan
diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan. Mereka tak perlu
diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
 
Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu
sensitif dan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah.
Satu hari mereka kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan
di hari yang lain pula mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya
mereka mampu mengawal mood mereka yang tak seimbang itu, tak mustahil
mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak
memerintah mereka lebih-lebih pula!
 
Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan
daripada orang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya,
mereka tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak
takut untuk menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak
kena. Berani kerana benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan
atau teman sejawat! Mereka juga akan melayan orang lain seperti orang
lain melayan mereka. Bermakna, kalau orang baik dengan mereka, begitu
juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!
 
Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan.
Apa jua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik
mungkin. Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana
itu adalah kepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!
 
Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin
lakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk
mengembirakan mereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan
pengetahuan dan skil kerja mereka.
 
Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan
sebarang kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya
usaha mereka. Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa.
Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha untuk
mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja
secara sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi,
bermakna gaji yang diberikan juga harus berbaloi!
 
Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat.
Sekiranya ada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang
mula-mula mendapat tahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot! Mereka
gemar melakukan sesuatu yang dianggap berbaloi untuk dilakukan!
 

 zwani.com myspace graphic comments

April 17, 2008

RAHSIA DAHI

Filed under: Uncategorized
RAHSIA DAHI……
 
Rahsia tetap rahsia?? 
eh…tidak semestinya, tidak semua rahsia tetap akan
menjadi rahsia selamanya… .korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang
menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betul
betul kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!
 
DAHI LEBAR……. .
Ciri2: saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best: Tidak suka ‘port’ tentang hal peribadi orang
lain, berjimat cermat.
Faktor2 kurang : Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut
untuk memulakan bicara.
 
DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT…..
Ciri2: rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best: pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kurang : Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil
kesempatan.
 
DAHI BENTUK HATI…….
Ciri2: Bentuk seakan huruf ‘M’
Faktor2 Best: murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan
berimaginasi.
Faktor2 Kur ang : Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan
rahsia
 
DAHI JENDOL…… ..
Ciri2: dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best: Bertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kurang : kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau
bercinta,tak ingat dunia.
 
DAHI BERSEGI….
Ciri2 :Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best: Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kurang : dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu
 
DAHI SEMPIT….
Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best: Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
faktor2 kurang : yang nie tak banyak kelemahan… .sukar mencari
pasangan hidup.
 
Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayanya, lepas nie
kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti or ang tahu lak rahsia kita!
apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut
ke mulut sejak berdekad lalu…

 

 
 \"zwani.com 
 

TEMAN SEJATI

Filed under: Uncategorized

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

 
Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

 
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

 

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

 
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

 
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya

Kejujuran kita

 

zwani.com myspace graphic comments

 

April 16, 2008

rehat sebentar bersama teka-teki

Filed under: Uncategorized

 Kalau mengantok bacalah teka teki ni…. > >

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling >berani?

Ha.Ha.Ape bende tu?! > > > >

Kalau nak tahu,

jawapannya ialah air kopi..eh…eh >takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani >terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!! > >

 

Banyak-banyak binatang…binatang apa keluar haid????

nak tau cari sendiri… > > >

takdok eh..jwpn: kura-kura..

ala tu pun tak tahu…keluar HEAD..saja buat >

lawak..tak paham jugak.ala kepala le.. > >

 

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk >kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg >brtaburan..dan x luka juga..

apabila selesai persembahan dia jln >terhencut2 kerana terpijak tahi ayam…hehehe….. ok x … lawak x… > >

 

>Dlm bnyk2 b ina tang…..

bntg ape yg bertelur dan beranak…..

kira 2 alam >

la niiii…..ha jwp2…. > > >nak tau jwpnye… > > >

siput babilaaaaa…..ye la siput >bertelur…babi beranak….

kenape x percaye ye….. > > >

 

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka,

banyak-banyak sungai, >

sungai apa yang paling berat? > >

Jawapaaaaaaannya ialah > > > >Sungai Besi…Ha…ha…ha…lawak >tak… alahhhh,lawaklah ye.. > >

 

Kereta dengan motor, mana lebih tua?

ha..jawablah.saya bagi 2 saat. >oklah > > >

jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat…MUAHAHAHA…..

 

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati? > > >

aku tak sanggup dah tengok >hampa teriak.

jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia. > > >

 

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..

huruf jawi apa yang ada angin…>

keh keh keh..jawab jgn tak jawab.. > > > >

nak tau apa.huruf TA dan YA laa…

kan jadi >TAYAR tu..HEHEHE > > >

 

Nih aku nak teka ni…

kasut apa yang paling keras??

haa..pikiaq2..apa? >

kasut batu..salah maa.. > > > >

kasut BATA laaaa…muhahaha..lawak ka???? > > >

 

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana

hampir terlanggar >seekor katak.

apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti? > > >jawapannya ialah meter bas tulah > > >

 

Antara huruf A hingga Z,

lam banyak-banyak huruf tu..

mane huruf yang boleh kahwin???

…ahhh sape dapat jawab????

senang jer…tahu tak jawapannya? > > >

aahh >jawapannya ialah…huruf i ngan u lerrr..

hehehehehe…..nih antara pasangan bercinta lerrr ..

 

 

Kalau korang pandai math,

5 orang c ina tolak 3 orang india ,

jadi apa? > > >

orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!! > > >

 

 

 

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..

lepas tu di bagi >pulak pada 3 org..

baper seorang dapat ?…

kes kes kes kes korang mesti >lemah IQ kan .. > > >

jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..

sbb sama gak ko potong atau >tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji > > >

 

 

Ok aku nak tanya hampa….

benda apa kalau naik tak turun dah? >

kui..kui..kui > > >jwpn dia umuq >

la.ish…ish…ishhampa ni > > >

 

 

Murid1:Cikgu,Sungai seget di mana?.

Cikgu:…..(Diam jer). > >

Murid2:Ha kau alik rumah nanti kau pergi tanya mak kau.

Ajak pergi bercuti sekali kat sana .

Bila dirumah. >>>>>>

Murid1:Emak!Sungai seget kat mana?

Jom kita >gi ercuti!. > > >

Emak:Palahotakko!Sape yang nak cuti kat tepi parit tu!

(Sungai seget tu >kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu) > > >

 

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?

ANDA DIBERI SATU SAAT UNTUK MENJAWAB. > > >

TRETT!!!MASA SUDAH TAMAT.

SEBABNYA >

IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR HADAPAN > > >

 

Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan dmikian lagi. >Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun >jadi driver kereta jenazah… faham faham aje lah. > > > >

 

 

Cuba teka, mouse komputer ,

jantan ke bet ina ? > > >

jawapannye bet ina ler.. >

pasal dia pakai pad.hehe > > > >

 

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.

Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi.

Semasa kancil menaiki titi tersebut,titi tersebut runtuh.

Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah……… > > >

Gajah patah apa rasanya ya????

Gajah PATAH BALIK kot! > > >

 

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari,(any >nswer?) > > > >………………………………………..

lembu yang hilang lah >ngok. > >

kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu. > > >

 

 

Hidupan apa didalam laut paling tua. > > >

jawapannya udang sebab dia sudah >

bongkok dan berjanggut..

ha–ha–ha–ha– > > >

 

Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring >

dia berdiri…….? Jawab2 jangan tak jawab. > > >

Ape? tak tahu jawapannye la >

senang je jawapannye tapak kaki la…… > > >

 

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu… > > >

jawapan nyer :ikan sardin. >

sebab nyer dier duduk dlm tin.. > > >

 

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU?

JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. > > >

TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG.. > > >

 

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? > > >HA JAWAPANYA MESTILAH >

KACANG PANJANG KAN.

TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK >

TAK SESUAI TAU. > > > > > > > > > > > > > > >

 

April 14, 2008

tolong…

Filed under: Uncategorized

Mass tolong kak ( kak angkat) jap p bank in duit kat RHB Bank.

Mass jom p D’ Mart akak ( kak Klinik sebelah) nak beli kertas minyak nak pos kak adik akak.

Mass nie mcm mn nak Photostat tolong jap akak ( agen takaful) xtau.

Kak Mass tolong print covernote ni jap nnt bagi kat abg johan p buat roadtax kat Public Bank. ( zana staff opis Bangi)

Cik Mass roadtax saya dah siap ke?  Sekejap lagi  saya nak datang amik. ( customer)

Mass arini collection brapa? (boss) 

* sesak nafas gak la aku hari….apapon aku masih lagi mengekalkan senyuman ini.  

April 4, 2008

khas untuk sahabat yg datang ke entryku…

Filed under: Uncategorized

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik
padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah
hatinya,perluaskanlahrezekinya,
dekatknlah hatinya kepada
kebaikan,jauhkanlah hatinya pada
kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik
hajat dalam agama,dunia dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia
menyentuh hati seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia
dalam jurang cinta nafsu?Jagalah
hatinya agar tidak berpaling
daripadamelabuhkan hatinya pada
hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di
jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan
terjatuh dalam perjalanan panjang
meyeru manusia kejalanMu jika kau
halalkan aku merindui
sahabatku,janganlah aku melampaui
batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakki,rindu abadi dan kasih
sejati hanya untukMu

Ya Allah
kurniakanlah sahabatku
kesenangan,ketenangan,kecemerlangan
hidup di dunia akhirat kelak..
AMIN

*Besok saturday 1st maka dengan itu aku xkan datang opis maka denga itu juga aku tinggalkan doa ini  untuk sahabat2 yang datang ke entryku yang x seberapa ini.

* Tadi petang lepas semayang Jumaat hujan lebat giler berperang petir dan kilat bedentum2 amat menakutkan aku yang keseorangan lam opis nie…yes…arini balik keje awal kol 6… hehe :)  






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer