Destiny_kampungurls

March 31, 2008

BZ….BZ….BZ….dan BZ lagi>>>>

Filed under: Uncategorized

huh…ari2 bz…xder masa kau nak bfoya2…pagi2 klu aku x sarapan kat umah alamatnye kekakadang seharian la aku x makan. Biar datang lambat keje asalkan perotku yg comel ini diisi sedikit makanan wpon hanya sekeping roti bersama Pearl Cafe…hek..hek…

Klu tengahari plak memang waktu2 orang2 gomen nie datang opis aku sampai x putus2 macam air kekadang sekali datang cam ombak lak dorang nie. Dah la tue aku sensorang lak tue dok handle bagai nak gila. Aku hangin gak ngan bos aku nie dia langsung xnak amik staff yang baru. Satu opis hanya seorang krani jer. Mana la wat keje macam kera…kelam kabut sekali la….

Petang aku kena wat kira2 coz bank akan tutup kol 5 maknanya sebelum kol 5 tue aku dah get ready nak turun ke bank..kekadang tue aku terpaksa tinggal customer lam opis. Yea la xkan aku nak bawa balik duit yang reribu tue lak???? Walau x reribu sekali pon tapi tetap bukan duit aku buatnyer hilang mampus plak aku nak kena ganti…dah la gaji pon cukup makan jerk…kang kena bayag ganti rugi mmg x makan la aku.

Segala dokumen2 pelanggan aku nak kena kemaskini lam buku log kekadang sampai malam. klu sehari tue 10 orang yang datang. Fuhhh…aku xtau la sapa yang bleh wat keje macam aku nie….Aku memang nak tengok gak sapa yang bleh tahan keje kat tempat aku nie. Biar dorang rasa apa yang aku rasa. Sekarang nie opis aku yang kat Bangi tue pon bos aku nak letak sorang gak kerani. Punya la nak save. Bos…bos…bos…selagi kami bleh btahan kami akan btahan bila x tahan kami akan undurkan diri.

 *hari2 kerja lalalala bosan dengan kerja…ahaha….kerja..kerja….x juga kaya…..

March 26, 2008

cara nak melawan antu

Filed under: Uncategorized

> ni ada cara nak melawan antu. jadi tak payahlah rasa takut nak tengok
filem hantu atau baca creta hantu.Berikut adalah cara melawan antu mengikut jenis antu tersebut

> > 1.Pocong

> Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun,selain kain kapan pembungkusnya tu.

> > 2. Langsuir

> Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

> > 3. Pontianak

> Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia,tentu dia boring.

> > 4. Hantu Raya

> Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

> > 5. Hantu Galah

> Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

> > 6.Jerangkung

> Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

> > 7.Toyol

> Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya…lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu…

> > 8. Hantu Ponteng

> Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu baca enrty2 neh macam sekarang nih..sah-sah tengah baca artikel nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat kerja …..

March 25, 2008

RUMPUT DAN KUDA

Filed under: Uncategorized

	
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya
yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, kuda pun
pergilah…..

March 24, 2008

teringin g Latihan Wataniah…

Filed under: Uncategorized

Tetiba pagi aku terasa amatlah teringin untuk pergi membuat Latihan Wataniah…Yea…sungguh2 aku nak g wat Latihan Wataniah…walaupon aku tau aku akan membuat2 Latihan2 di panas terik mentari. Aku teramat ingin Sekali membuat LAtihan menembak dengan itu sahaja aku dapat lepaskan kegeramanan aku pada orang2 yang menyakitkan hati aku…siapa? itu aku terpaksa rahsia kan kerna tidak smua manusia itu sempurna. Bukan pe bila aku p Latihan Wataniah nie kepala aku terasa kosong…hilang segala tensen yang ada dalam pala otak nie…Disamping bleh jumpa ngan kawan2 lama berborak2 panjang…alahai best nyer….Walaupon keletihan kepenatan kehitaman berjemur panas namun kepuasan yang dinikmati amatlah berbaloi taw…BIAR LETIH BADAN JANGAN LETIH MENTAL

_____________________________________________________________________________________

Tadi boss aku kol Hp aku…dia bising2 coz semalam dia ada kol aku lebih kurang kol 2pm…serius mmg aku x dengar bunyi hp aku tue coz level ringtone aku letak 2 jerk…kata boss "kepada sesiapa yang x angkat  kol "gaji akan dipotong RM10!" gulp…bukan nak tpopkan RM10 inggit tapi nak kena tolak gaji plak…ayoyoyo…apa kes! Baik aku keje 24 jam 7 hari seminggu klu macam nie.   Lagipon kan semalam Ahad cuti hari minggu…itu lah hari satu2nya tuk aku rest minda dan fizikal dari melayan kerenah2 manusia2 yang ntah apa2 tue….

cute, lasak, cergas aku la tue...
 

March 14, 2008

37 EKOR VIRUS LAM PC AKU!!!

Filed under: Uncategorized

Terkejut giler aku bila aku start jerk scan guna AVG75 nie terus jerk beberapa ekor vairus terus disedut…cittt…patut la pc aku nie lembab semacam jerk…Buka pe sebelum nie aku guna anti vairus Nortan tapi ntah la Anti Vairus Norton tue mcm xleh nak guna…so pagi nie aku dah install anti vairus yang baru AVG nie…baru la vairus2 nie dapat ditangkap.

 tuk pic beso klick pic tue k

*Sekarang nie dah laju skit pc aku nie…nak print dokument x payah nak tunggu lama2 lagi… :)

March 12, 2008

pengalaman pertama g ngundi & hal yg blaku

Filed under: Uncategorized

8hb March 2008 tahun ini adalah pengalaman pertama tuk aku membuang undi kali pertama tuk memilih  pemerintah tuk tempat masing2. Beberapa orang kawan2 seangkatanku jugak x ketinggalan tuk mebuang undi pertama masing2 iaitu cik laila, diana, Kak Intan, Shahrani dan beberapa orang lagi kawanku g membuang di tempat masing2.

Sebelum aku g membuang undi tue aku sempat g menghadiri majlis perkahwinan Hazirah ex-student PERDA. Memang comey dia pakai baju pengantin berwarna Gold dan mata berwarna brown…Selamat Pengantin Baru Buat Hazirah dan Pasangan * pic xder coz kamera adik aku nak pimjam kawan dia pon kawan kawen gak’ aku kakak kena la beralah.

Tapi sebelum aku nak bertolak balik ke kampung hari ada satu tragedi tragis yang terjadi kat aku. Dan aku rasa aku xkan lupakan sampai bila2. Pada hari Jumaat 7hb march 08 aku keje halfday hari coz nak naik bas kol 5.15pm. Pada hari tue jugak aku betul bz dengan customer yg ramai sehinggalah kol 2.15pm baru aku tutup opis. Selepas aku g solat dan salinan pakai yang mudah tuk aku bergerak pantas. Selepas tue pada kol 2.30pm akak sebelah nie ajak aku makan dulu aku pon kesian kat dia coz tinggal sorg Pada masa yang aku betul2 dah lewat tuk naik bas untuk ke Pudu. Dengan perasaan yg tanpa segan silu aku pon mintak akak tue hantarkan aku kat umah aku yg hanya 5 minit naik keta. Dengan selamba gak dia bagi alasan dia malas nak kuarkan keta dari paking. Dan aku memang betul2 x sangka org yg aku ingat boleh harapkan pertolongan dlm kesesusahan rupa2nya hampeh! Hampir menitis air mata aku nie mengenangkan kenapa la bila aku dalam kesusahan kawan yang diangap boleh tak mempedulikan kawan yang dalam kesusahan ni….Pada hari Jumaat itu aku hanya memohon pertolongan dari Allah sahaja Tawakal sepenuh hati. Hampir2 menitis air mata nie tapi aku kuatkan semangat juga nutuk balik ke kampung dengan niat yang suci iaitu untuk mengundi jumpa keluarga. Alhamdullilah Allah mendengar rintihan hambanya yang teraniaya ini. Aku rasa akak tue Mybe dia x nak bagi aku balik kampung…ye lah xder geng nak meronggeng ke hulu ke hilir weekend tue kan….WTH!!!!

Klu sebelum2 nie kemana saja dia ajak pergi aku akan temankan. Ada satu hari tue kononnye nak jenjalan KL aku dah berat hati yelah dah kol 10lebih tempat apa yg bukak malam2 buta neh kan…dah pusing2 KL dia singgah plak lepak kat kedai mamak minum2 aku kira waktu tu dah pon pukul 2pagi! Gila…dah la kitaorang nie orang pompuan klu jadi apa2 kan susah…dan aku bsuyukur kedai mamak tue tetiba blackout…tp akak tue nak lagi btapa lam gelap2 tue sedangkan aku nie dah berbuih ajak balik. Lebih kurang 15mnt berada lam gelap baru la blah. Dalam perjalanan dia nak hantar aku balik tue aku tido secukup2nya dalam keta sampai la depan umah aku baru aku sedo dari tido. Aku tengok jam dah pukol 3pagi! Besok datang keje dia dah mcm dah puas hati ye lah kena drive sorg2 aku plak sedap2 dok lena…nie Ahad nie dah dia dah plan nak ajak p One Utama plak konon nak tengok wayang.

Aku rasa tahun nie 2kali aku diperlakukan macam nie oleh  K.A.W.A.N2 baik aku sendiri. Aku rasa aku bukan selalu nak mintak pertolongan K.A.W.A.N. cume sesekali aku terpaksa meminta bantuan  K.A.W.A.N. Xpe lah aku nie  bukanlah pendendam yang setia. Dan aku xkan balas apa yang K.A.W.A.N. dah buat kat aku. Biarlah….hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku nie dikala K.A.W.A.N. memperlakukan aku  sedemikian.  Selepas ini aku akan lebih berhati-hati dengan orang2 yang bernama K.A.W.A.N.…. especelly untuk meminta pertolongan dari K.A.W.A.N….biarlah aku usahakan sendiri sampai hujung nyawa. Apa yang aku tahu aku sentiasa muliakan semua K.A.W.A.N…..

***Alhamdullilah aku dah pon memujuk hati panas ku nie sendiri. Tanpa pertolongan sesiapa pon hanya memohon pada Allah s.w.t supaya sejukkan hatiku dengan segera. Aku xmau ada penyakit hati benci-membenci. Biarlah mereka sakiti aku tapi aku xkan sesekali membalas.  

I can smile back :)






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer