Destiny_kampungurls

January 31, 2008

bcuti slama 4 HarI

Filed under: Uncategorized

yahuuu…besok cuti wilayah…pas keje neh balik n bsiap2 btolak. Memula dari Putrajaya jalan kaki ( 10 minit) ke ERL ( Electric RaiL) pastu sampai Bandar Tasik Selatan ( Harga Tiket RM 5.30 sehala ) bukan lama pon dok lam ERL tuh 15 minit jerk. Setelah sampai ke Bandar Tasik Selatan amik plak LRT ( Rail Trasit) menuju ke Plaza Rakyat ( Harga Tiket RM 1.70 je ok la tue) lebih kurang 30 minit sampai kat Plaza Rakyat bjalan kaki sekali lagi menuju Hentian Pudu. Perrrrhhhh penat giler klu macam that’s aku lebih suka nek bas g Pudu tuh dari Putrajaya tapi bas last kol 8.00pm jerk…sejam jerk dok lam bas relax.

Bestnye….x sabar tul la nak sampai kat kampung…nak relax2 puas2…xmo ingat pasai keje wat sementara waktu. Jumaat hingga Isnin aku bcuti jangan jeles r…Ada ke patut member opis neh pesan buah durian..isk..isk…kang kena marah plak ngan pakcik bas.

Kepada kawan2 ku yg berada di wilayah selamat menyambut cuti wilayah…iklan jap. 1 hingga 3 haribulan 2 nie Cruise TAsik ada wat promosi untuk mengeliling TAsik PUTRAJAYA. Korang datang lam bramai2 k…by… 

 

January 29, 2008

terlalu…

Filed under: Uncategorized

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

 
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

 
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

 
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

 
5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh tau!

 
6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

 
7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

 
8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

 
9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

 
10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

 
11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

 
12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

 
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

 
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

 
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

 
16. Terlalu banyak baca entry neh nanti bos marah. Dah … pegi sambung buat keje tu, jangan nak baca entry nie  je. hee…he…

 

January 26, 2008

today 26.01.2008 MyBirtdaY

Filed under: Uncategorized

Arini ari jadi aku yang ke??? opsss…rahsia muheheheh…terima kasih aku ucapkan kepada Anda2 yang mengingati diri InI dengan memberi ucap hari Lahir lebih dari sepuluh ucapan yang aku terima terharu rasanya kerna diri ini dihargai oleh orang2 sekelilingku terima kaseh sekali lagi aku ucapkan kepada anda smua. Dan tadi malam ada la sedikit sambutan hari lahirku bsama teman2 dan adik2 ku dirumah secara kecil2lan dengan memotong kek hari lahir yang berperisa Mocha ermmmm…btambah lagi angka umo aku harap lepas ini aku akan lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian dengan RahmatNYA.

kek dari Baker Cottage perisa MOCHA

 

January 21, 2008

setiap kita ada kelemahan meh kita sama2 baiki diri jom

Filed under: Uncategorized
SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

 

Firman Allah bermaksud:

"Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

 
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud:

"Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

 

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

 

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

 

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan beberapa perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

 
#Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan

#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Wassalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

January 19, 2008

car fashion show at PUTRAJAYA 01/01/2008

Filed under: Uncategorized

Bukan setakat manusia aje yang boleh bfesyen tau nie aku nak tunjuk kat korang kereta punya bfesyen…bukan calang2 fesyen neh…mau bribu kuar duit. Kalau yang gila keta macam dorang nie leh la wat inspirasi hehe…

 hello kitty car
 
hawaii car 
 
carvan my Boss 
 
 
  old car 
 
natural car 
 
wolkswagen 
 
Aku suker tul keta hello kitty tue isk..klu la aku ada keta macam nie kan best.. smua gambar2 kat atas nie adalah hak milik terpelihara…korang jgn plak pandai nak copyright plak.Kang marah plak tuan2 keta neh. Korang tengok ajela k. Nanti aku dapatkan alamat club car dorang nie.
 

 

January 16, 2008

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada HariAsyura

Filed under: Uncategorized

(10 Muharram, bersamaan sabtu, 19 JAN 2008)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat -’Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’ fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

* 2, 3 arini rasa macam mental x brapa ok jerk xleh nak fokus tp keje siap cepat lak…fizikal ok…kenapa erk jadi macam nie? Aku wat salah apa2 ker? Adoi la dengan nak tido malam pon susah sekarang neh…kekadang berpeluh2 x pasal2 sedangkan kipas dah pasang erm…

* adik aku kena denggi la plak…mana nak cari ketam neh…adoi la…dok bandar mn nak dapat cari seafood2 neh. Dokto cakap tekanan darah dia makin turun da minum 100 plus dah sebotol abis mybe kena minum banyak botol kot 100 plus tue xpon telan dengan botol2 skali…suruh dok spital xnak katanya sakit kena masuk air…

January 15, 2008

testing tacker

Filed under: Uncategorized
<div id="eXTReMe"><a href="http://extremetracking.com/open?login=mass6472"><img src="http://t1.extreme-dm.com/i.gif" style="border: 0;"height="38" width="41" id="EXim" alt="eXTReMe Tracker" /></a><script type="text/javascript"><!–var EXlogin=’mass6472′ // Loginvar EXvsrv=’s11′ // VServerEXs=screen;EXw=EXs.width;navigator.appName!="Netscape"?EXb=EXs.colorDepth:EXb=EXs.pixelDepth;navigator.javaEnabled()==1?EXjv="y":EXjv="n";EXd=document;EXw?"":EXw="na";EXb?"":EXb="na";EXd.write("<img src=http://e2.extreme-dm.com","/"+EXvsrv+".g?login="+EXlogin+"&amp;","jv="+EXjv+"&amp;j=y&amp;srw="+EXw+"&amp;srb="+EXb+"&amp;","l="+escape(EXd.referrer)+" height=1 width=1>");//–></script><noscript><div id="neXTReMe"><img height="1" width="1" alt=""src="http://e2.extreme-dm.com/s11.g?login=mass6472&amp;j=n&amp;jv=n" /></div></noscript></div>

tahukah anda?

Filed under: Uncategorized

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang
budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

 

 

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

 

 

Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku
kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis
M’aidez yang bermaksud ‘’tolong saya'’. Perkataan Mydin yang tertera
pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak
terkenal Maideen.

 

 


Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah
adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja
sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

 

 

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir
besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik
kereta bukanlah magnet.
 

 
Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah
tentu ia tidak akan diekori lagi.

 

 
Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

 

 

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia
berasa lapar.

 

 
Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan
masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

 

 

 

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
 

 
Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

 

 
Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja
oleh kawan kita.
 

 

 

Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada
 gunanya

 

 

* sakit kapla la plak…malam tadi kol 3pagi tetiba sakit perot isk..isk..kini kesan mengantuk dah datang nie…nak p relax2 jap …sebaik keje dah abis…zzzzzzz

January 14, 2008

jawap TaG ShAyZzzzz…

Filed under: Uncategorized
 my cute destop
 
 
 
 
aku rasa da perna jawap tag destop nih…tp xpe coz destop aku da btukar coz aku neh cepat boring pada sesuatu so aku amik pendekatan tuk ubah2 pic destop aku. Xde yang menarik pon pasai destop aku neh. Aku banyak sembunyikan segala2 folder. Rimas ditayang2 kat destop tue. K cik Shayz harap2 anda berpuas ati ngan jawap kite nie eh…klu x puas ati pon buat2 puas ati gak. *smile… 

January 12, 2008

HANYA BOSS YG ADA KUASA NIE…

Filed under: Uncategorized

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuahkompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi danselalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, diaakan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorgpekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding. "Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan. "Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras "Dalam RM800" pekerja tu menjawap Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepadasalah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?" Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza".

note dahi: sejak 2 menjak nie rajin plak boss aku dok talipon…isk…isk…bikin gawat neh….oppss…aku bukan pemalas sebab aku nie rajin bos suruh aku wat obertime katanya masa nie la nak cari duit lebih…aku rasa aku dah banyak wat obertime bagi la kat adik boss plak handle meting bsok…






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer