Destiny_kampungurls

October 20, 2007

half day

Filed under: Uncategorized

ari keje Sabtu macam besa lah keje half day. Hari nie hari raya ke 8 masih lagi kedengaran lagu raya. Boleh dikatakan berada dalam mood raya mood happy2.

Semalam sekali lagi aku dimarahi customer. Aduh keje macam aku yang tiap2 hari berhadapan ngan manusia neh memenatkan kepala otak. Hati sendiri selalu terguris dah la tue xder saper plak nak pujuk.

k la aku nak citer pasai kes semalam. Customer x puas ati ngan syarikat aku disebabkan dia tidak mendapat polisi kenderaan beliau setelah setahun tapi kenapa dah tamat baru dia nak bising2? sepatutnya dalam tempoh setahun dia masih boleh membuat tuntutan polisi tersebut. Beliau berumur lingkungan 50an keje gomen berpangkat tinggi dan baru pulang dari Mekah. Setelah beliau menyuarakan ketidakpuasan hati beliau aku pon memohon maaf tetapi dia berkeras tidak akan memaafkanya. Bkali2 dia ulang bahawa dia baru pulang dari Mekah dan cuba untuk mengawal perasaan marah tersebut tapi x boleh. X apalah klu dia tidak mahu memaafkan tp aku telah pon memohon maaf bagi diri aku sendiri dan syarikat. Mujur juga dia hanya membuat panggilan talifon.

Aku memang tidak paham dengan perangai manusia kini. Sifat amarah makin menjadi2 sifat penyabar dah jauh dari diri. Senyuman plak kedekut untuk dipamerkan bila bertembung buat2 x kenal. Betul lah klu nak tengok perpaduan umat islam kini lihat lah saf sembahyang berjemaah.

Arini x tau nak wat xtvt pe. lepak lam umah aje la layan industan dhoom…aishwarai berlakon tu.

October 18, 2007

hari ke 6 syawal…

Filed under: Uncategorized

arini ari ke 6 syawal aku bekeje. Masih lagi berseorangan membuat pekerjaan harianku dengan ditemani sebuah televisyen sebagai peneman setia yang x henti2 bcakap. Masih ramai lagi yang bercuti sehingga kan food court terbesar kat sini pon belom lagi beroperasi. Berkeliaran la aku mencari makan untu tengahari. Bukan xder ada tapi kedai mamak la pulak. Bukan aku xmakan masakan mamak tapi aku takut sakit perot. Perot aku neh x tahan makan makanan mamak. Tapi klu dah member2 yang ajak nak xnak aku terima ajela kang dikatakan aku neh mengada2 plak.

Memandangkan aku sorang2 jer ada kat opis aku g cari makan sorang2 alih2 kedai pilihan aku adalah tujuh sebelas ( 7 eleven) da…terjumpa la olehku sebungkus nasi lemak apa lagi aku capai terus r nasik tue kang abis plak. Dah la tinggal sebungkus tue jerk. Cukup la semalam waktu lunch aku makan roti & kek aje bersama air kotak  soya jagung. Camne la nak berisi klu pemakanan aku macam nie kan.

Besok macam mana plak aku nak lunch neh. Klu ada member leh la mayap jauh2 skit. Adoi la…klu besok puasa pon ok gak…ermmmm *think2

* adik aku dah beli camera pasni leh la aku attach the latest picture here…yehaaa…*wink2

October 17, 2007

alkisah syawalku…

Filed under: Uncategorized

sehari sebelum syawal aku dan beberapa orang adik2 ( 8 orang ) yg sorang lagi xikut pergi ke Tesco yang baru beroperasi di Taiping aku sibuk membuat persiapan raya tanpa ibu dan bapa disisi. Syukur aku mempunyai adik-beradik yang ramai xla la sunyi hidup aku. Hampir RM150.00 kitaorang belanja untuk membeli persiapan raya dari barang2 kering sehingga lah barang2 dapor untuk membuat bihun sup pada hari raya pertama. Pada mula nya adik2 aku nak buat nasi ayam tapi memandangkan perkakasan untuk memasak nasi xder plak aku cadangkan agar dibuat bihun sup ayam aje. Sehingga subuh raya aku masih lagi membuat persiapan.

1 syawal

menjelang pagi syawal aku bangun kira2 jam 8pagi ( coz dah raya lagi awal huhu…)ngan adik2 pompuang aku (linda & mahani) pn sama bangun lewat ayoyo…lewat dah ye la aku dpt tido 4 jam je. Klu x sebelum nie mak aku akan bangun awal dan gerakkan kitaorang. Bangun jerk aku dah dengar orang dah takbir raya.  sayu terasa ati tapi aku kuatkan gak semangat menyambut syawal. Kelam kabut p dapor persiap bihun sup ayamku. Lebih kurang kol 10 baru aku siapkan diri memakai baju raya. Waktu tu kawan2 lelaki adik aku dah penuh rumah. Sempat dorang merasa bihun sup sulongku hehe…tapi xleh lawan bihun sup yang mak aku buat. Aku masih lagi perlu berlatih memasak.

Tengahari mak aku kol katanya adik2 aku yang kecik nak datang beraya ngan aku kat umah lama dorang. Aku ngan linda pon bergegas pergi umah mak aku kira2 15 minit di kampung baru di rumah baru diaorang. Masuk dalam umah salam jer mak cakap minta ampun maaf dan segala air mata nie pon berderai tanpa paksaan lagi bersama-sama mak. ’sabarlah kak na’ itulah ungkapan dari mak menambahkan lagi kesebakan dihati nie. Aku tau aku nie banyak wat salah ngan mak & pak. Linda sempat tengok aku berderai air mata siap perli2 aku lagi hampes punya adik. Sempat gak aku dan adik2ku berkunjung ke rumah kakak2 dan abg tiriku di Bukit Jana Taiping. Makan2 borak2 lebih kurang minta ampun dan maap segala. Antara member aku yang datang umah adalah Diana si minah brutal dan anak menekannye. Sempat gak p umah Eta member paling dekat ngan umah kat belakang umah aku jerk hehe… 1st raya neh kira puas gak la berjumpa orang2 yang aku kenali. Kepada jiran2 maap la aku x sempat nak g beraya umah korang. Bukan pe aku tau dorang akan tanya macam2 soklan yang bisa menaikan darah aku. Hujan rahmat plak turun dengan lebat seolah2 mengerti kesedihan hatiku.

Raya kedua

Aku dah berada dikampung kat BAtu Kurau. Mak aku kata tok & tokwan nak wat keduri doa selamat dan majlis hari jadi sepupu kitaorang yang berumur 5 tahun klu x salah aku. Kenduri kesyukuran lak sebab mak teh aku telah selamat melahirkan Amirul Aiman bertambah lagi la sepupu sepapat kitaorang.

Raya ketiga

lak aku g umah bapak aku kat Penang Kat Taman Pauh. Kali pertama aku g umah bapak aku ngan linda dan ajam. Klu aku sorang yg p jangan harap la. Adik2 aku plak klu aku x p dorang pon xmau p gak. Apa yang aku tengok taraf hidup mak dan bapak aku baik dan mereka bahagia disamping insan tersayang masing2. Okla tue kan. Xla aku risau sangat. Tenang rasa jiwa ni setelah memohon ampun dan maaf dari kedua ibubapaku.

Raya keempat  

Lepas solat Zohor aku dan linda dah bersiap2 nak bertolak balik ke Putrajaya. Adus sedih siot nak tinggalkan kampung halaman. Terasa belum puas beraya dan bercuti. Masih banyak lagi rumah kawan2 yang aku belum kunjungi dan berjumpa ntah macam mana rupa the latest member2 aku. Apa yang aku tau dorang makin berisi. Aku plak makin kecik hik..hik…salam Aidilfitri.

Raya kelima

arrrrr….dah kena keje la….-TAMAT- 

October 11, 2007

syawal tiba lagi…

Filed under: Uncategorized

Dalam x sedar tinggal beberapa ari je lagi seluruh umat islam akan menyamut Syawal. Sedih rasanya nak tinggalkan bulan ramadhan nie. Bulan yang penuh keberkatan. Semenjak bpuasa duit pon dpt djimatkan 2x ganda aku pon x memboros dan membazir beli makanan.

Petang nie pas keje aku akan berangkat balik ke kampung halaman di Taiping Perak. Rindu sangat nak tengok kampung halaman nak jumpa adik2, sedara-mara dan kawan2 sekolah. Ntah apa la perubahan yang dah berlaku kat kampung aku. Bukan kampung sebenarnya tapi kawasan perumahan taman. Semikn banyak plak aku tengok rumah2 yang dibina orang2 nyer pon aku dah x kenal. Maaf klu aku x tegur korang k.

hari nie kene bereskan keje2 yang x memening kan kepala aku menjelang percutian aku nanti. Aku nak bercuti ngan aman tanpa ada gangguan kerja. Rasa macam otak aku neh dah penat nak bfikir hehe…

Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf pada semua x kira mana berada dan yang mengenali diri ini. Pada kawan2 ku yang tidak menerima kad raya jangan kecik ati k. T aku kirimkan sms kat korang walaupon sms tu xleh digantung macam kad raya hehe…

kad raya






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer