Destiny_kampungurls

September 24, 2007

kelip2 dah 12hari…

Filed under: Uncategorized

Dalam kesederan dah 12 hari seluruh umat Islam bpuasa. Terasa begitu pantas masa berlalu. Terasa baru 2 hari berpuasa. Ramadhan tahun nie aku terasa manis aku pon x pasti kenapa nak kata berpuasa disamping insan tersayang mana der…agak2 bila la nak ada ek?? ada apa? (rahsia) :) ….maybe masa lalu yang perit dah boleh ku terima kini.

Tinggal lagi 18hari…cepat nyer…x lama lagi raya…sayu la plak. Macam mana keadaan Syawal aku dan adik2 akan hadapi. Dah x seindah dan semanis dulu dah jauh berbeza bukan lagi disamping ibubapa. Nak balik braya pon x bersemangat. Apapon aku harap Syawal ini akan memberikan kami sesuatu yang istimewa. Oklah malas nak citer bab2 seday2 neh dah penat. Tapi aku berbanga coz boleh idup atas kaki sendiri tanpa harap bantuan org len. :)

X sabarnye nak balik kampung harap2 boleh p beraya umah laila dan umah member2 yang lain…dah lama x berborak ngan laila face to face…hehe…

*erm apa juadah berbuka petang nie ek? Ingat nak makan kat luar la plak…selama 12 arini posa rasanya 3 kali jerk berbuka kat luar. Selalu masak sendiri ngan adik coz save bajet boleh simpan tuk sahur lagi. Ingat arini nak berbuka kat luar la…tapi orang mesti ramai. Tapi kemana ek????

 

 

 

September 22, 2007

setan bertopengkan manusia…

Filed under: Uncategorized

terlebih dahulu aku ingin mengucapkan takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin Binti Jazimin dan Al-Fatihah buat dirinya di sana. Beberapa hari ini kita sering mendengar tentang kehilangan adik Nurin. Bermula semalam dan harini makin menjadi perbualan hangat dengan berita kematian tragis adik Nurin. Walaupon aku tiada kaitan darah dengannya namun kesannya terasa keseluruh negara ini.

kenapa la ada manusia yang x berhati perot tinggal kat muka bumi??? kenapa??? geram betul aku baca kisah adik Nurin yang diseksa sehingga maut. Apalah kesalahan budak nie sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Malam tadi subuh tadi aku x dapat nak lelapkan mata mengenangkan bagaimana la adik Nurin nie menangungkan kesakitan dan seksaan oleh ‘manusia bertopengkan setan tue!

Aku harap sangat penjayah tue dapat ditangkap secepat mungkin sebelum syawal nie. Seksa dia idup2 sebagaimana dia seksa adik Nurin. Kepada penjenayah yang xder otak tue ko xkan lepas kat muka bumi. AWAS!

                                                     kematianmu akan dibela... 

September 20, 2007

i’m not feeling well today…

Filed under: Uncategorized

aduhai…terasa lemah betul badan ni x berdaya. Perot meragam…sejak kol 12 tengahari tadi asik muntah je…kenapa ni??? Sejak menjak nie asik muntah je. Dokto cakap xder apa2. Tapi aku risau gak p klinik dapat ubat abis ubat jadi balik. nak buat keje pon x senang. Memang kena banyak2 bersabar lam bulan posa nie. Macam2 dugaan & cubaan yang datang.

Aku rasa tahun nie meriah dengan kuih raya la…kemana aku p orang asik dok menjual biskut raya, kek raya, baju raya, kasut raya, macam2 lagi lah. boleh dikatakan hampir semua kawan2 aku kat sini pon setiap seorang ada je benda yang nak jual untuk digunakan pada hari perayaan nanti. Tak tkecuali gak adik aku macam2 benda la dia dok tolong menjual. Bagus gak kot2 nanti bleh wat bisnes sendiri.

aarrggghhh xbelh nak menaip dah mata plak diserang penyakit ngantu yang amat sangat…arrrgghhh tolong nak tido………………………………………………. 

September 15, 2007

akhirnya gugur juga air mata ini…

Filed under: Uncategorized

selama tiga tahun aku bekerja, berkhidmat, bertungkus lumus kat Syarikat M*****IN A****Y ni, hari ni aku betul2 nak menangis. Kena maki ngan customer coz roadtax kereta dia x siap. Salah aku ker? Memang dia berurusan ngan aku tapi runner opis yang pergi buat roadtax. Sepatutnya semalam dah siap roadtax kenderaan tue tp ntah kenapa tetiba plak roadtax tue x siap. Sepatutnya runner opis ke pergi ke Maybank Banting tapi dia pergi buat dekat Maybank Kajang aduh…kononya nak mudahkan keje dia tapi aku plak yang kena tahan teliga. "Saya puasa nie awak jangan bagi saya hangin "semasa berurusan tadi…" Isnin nie roadtax saya x siap jaga awak!" hampir2 nak kuar " klu tidak saya nak balik duit saya tu" ayat semasa melangkah keluar. Tahu depa punya marah ja…dah last minute roadtax nak expired mula la gelabah. Sedangkan notis pembaharuan dah dihantar sebulan awal. Nak salahkan aku lagi ka??? e…geram la…macam dia sorang ja berpuasa. Maaf la klu aku cakap mereka yang ada darah @ keturunan mamak, singh, pakistan perangai dorang nie kasag len macam skit. Dah banyak kali aku terjumpa orang2 macam nie.

tadi paradox kol aku dia nak bagi maklumat pasai jawatan kosong lam goverment macam2 tau plak dia arini aku ada masalah kronik. Aku luahkan kat dia terus kegeraman aku neh. Kesian dia pasai2 kena dengar luahan aku nie. Lega sikit aku rasa bila dapat luahkan kegeraman neh.

hari nie bz macam hari biasa gak. Xder nyer nak foya2…i have job to do…

*masih lagi teringat kamera yang hilang tue. huhu… :(

 

 

September 13, 2007

hanya untuk menyatakan…

Filed under: Uncategorized

Semasa aku bertemu denganmu,
Tidak ku tahu senyumanmu memikat pandang,
Tidakku tahu kau seorang yang menarik perhatian…

Setelah aku mengenali dirimu:
Aku belajar apa itu rindu,
Aku belajar apa itu benci,
Aku belajar apa itu erti sayang…

Kau menyuarakan untuk menjadi sahabat baikku
Kau tak ingin pula menjadi teman istimewaku…
Kenapa?
Kenapa kau hanya mau menjadi sahabat baikku?
Dan bukannya teman istimewaku?

Katakan padaku apa yang harus aku lakukan?
Apa yang dapat aku buat untuk 
membuat dirimu menerimaku sebagai teman istimewamu?

Menunggumu setiap hari…
Menantimu dengan penuh kesabaran…
Tidakkah kau tahu
Debaran didadaku yang kian memuncak?
Degupan jantungku yang begitu pantas?
Nafasku yang tersekat-sekat?
Hanya untuk menyatakan

I LOVE YOU sayang…

* nie ke dinamakan perasaan CINTA??? nie aku cedok dari Vertual Frends direka oleh Adamsadza.

September 12, 2007

ramadahan datang lagi…

Filed under: Uncategorized

Besok akan bermula lah seluruh umat Islam menyambut awal Ramadhan. Seronok sangat nak sambut ramadhan tp????….kepada kawan2 ku semua semoga Ramadhan kita kali ini penuh makna. Jangan nak ponteng2 puasa. Klu boleh puasa penuh.

Tapi macam mana la adik2 lelaki aku kat kampung nun ntah puasa ke tidak. Sedih nyer kesian dorang xder saper nak uruskan dorang dah la xmau nak bdikari. Sape la nak sediakan makan sahur dan berbuka dorang…aku dari kejauhan mampu untuk gerak sahur ajela tapi makan kat dorang saper nak sediakan?

Klu sebelum2 nie dorang dok ngan mak tapi selepas mak ada "orang jaga" mereka bdua amik keputusan untuk hidup sendiri. Keras kepala plak tue 2-2 adik jantan aku neh. Cakap memang selalu xperna nak amik port. Aku harap apa yang terjadi ni akan beri semangat dan pengajaran untuk aku dan adik2 meneruskan kehidupan yang x terduga cabaran nya. Setiap hari aku berdoa agar keluargaku hidup bahagia didunia dan akhirat.

***puasa belom start tapi aku dah pon beli pakaian raya. Bukan apa aku xmau kalut last2 minute. Senang aku dah x payah nak pk2 pasal baju raya. Adik2ku pon dah beli siap2 baju raya. Macam x sangup plak nak pk suasana raya aku adik2 tahun nie. *sigh

*baju raya tahun wana ijau cam blog "abg acai" fesyen kebaya moden hehe… 

September 10, 2007

:(

Filed under: Uncategorized

huhu…kamera digitalku kena curik…huhu sedih giler. Bukan senang aku nak kompol duit beli kamera tuh senang2 jerk pencurik tu amik. Xpe pencurik ko akan mendapat balasan kat akhirat kelak. Kita jumpa kat akhirat kelak aku nak belasah ko cukup2. suka2 ati ko jerk curik kamera aku. kejadian berlakuk kat tandas pusat boling Alamanda. Itu la kelalaian pon punca kecurian gak. Aku nak marahkan adik aku pon x guna jugak bukan boleh dapat balik pon kamera aku tuh.mmmmm….banyak kenangan ngan kamera tue…huhu…sedihnyer bila teringat2 balik.

*Nampak nyer pasni kena kompol duit lagi beli kamera digital len. Kepada kawan2 smua jaga2 lah barang2 anda xkira dimana korang berada walaupon sedang solat di tempat awam.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer