Destiny_kampungurls

August 24, 2007

Cerita Sadiss lagi Tragiss

Filed under: Uncategorized

>"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
>membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
>
>"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah,
>ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak
>sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
>
>"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
>Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka
>yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,
>ye?"
>
>"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
>abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
>tercinta.
>
>Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
>jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
>isterinya, Julia. "Tak
>sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
>
>Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
>semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera
>sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
>memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
>Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya
>yang sedang tidur.
>
>"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
>tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung
>nanti."
>"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia
>takut."
>Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Julia,
>tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa
>was-was.
>
>"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya
>memotong bas ekspres tadi.
>
>"Sudah la tu bang."
>
>"Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa…."
>Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
>Ahmad terus
>membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori
>balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
>
>"Julia….bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka
>matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
>Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?"
>Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya
>lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang
>Julia
>tepat-tepat.
>
>"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
>
>PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa  emaknya buat dia macam tu?
>
>"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja
>pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
>tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!"
>emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih
>keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! " tutup rapat2.
>
>Moral of story: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://mass83.blogsome.com/2007/08/24/cerita-sadiss-lagi-tragiss/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer