Destiny_kampungurls

August 11, 2007

perempuan akal setipis rambutnya…

Filed under: Uncategorized

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkankan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. suburkankanlah keranadari situlah nanti meraka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘ women gladiator’. Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki2 waja: negarawan, karyawan, jutawan dan"wan-wan" yang lain. Tidak akan hadir ’superman’ tanpa ’superwomen’.

Bila wanita derhaka dunia lelaki huu-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jangtung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengaharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nercaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seprti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Three Women Art Print by Bell Johnson






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer