Destiny_kampungurls

August 29, 2007

tentang 5 barang da….

Filed under: Uncategorized

5 benda dalam beg i

  1. Kertas2 ( borang2 peraduan, dokumen kerja & borang2 jawatan kosong :P )
  2. Payung ‘mesti bawak hari2 g keja’
  3. Bil2 Terkini (api & air rumah sewa jerk)
  4. Buku Bank ( Bank Rakyat & CIMB)
  5. Pen :)

5 benda dalam beg duit i

  1. Semestinya la ada duit brapa? itu rahsia hehe…
  2. Kad Pengenalan klu xder dikatakan minah Endon plak.
  3. Lesen Memandu xperna lagi pandu kenderaan dikawasan Putrajaya neh
  4. Kad2 Bank ( Bank Rakyat, CIMB, Affin Bank, Maybank? ada tp)
  5. Kad bonuslink senang nak kompol point & kat VIP Walk In kad akan dtg Metta kad pelancongan

5 benda kegemaran di dalam i

  1. Perfume ada 6 botol xcukup lagi la…
  2. Majalah DARA
  3. Baju2 lam almari
  4. Hadiah2 Birthday dr sahabat handai
  5. Aksesori Wanita ( jam tangan hat rosak pon simpan lg, gelang cincin, broch apa lg ek? bnyk la)

 5 perkara yang i nak buat

  1. Nak kawen muahahaha….
  2. Nak kompol duit banyak2 mcm Donald Trump tuh
  3. Nak beli Keta
  4. Nak beli Rumah Banglo angan2 mau tinggi beb…
  5. Nak g bercuti ngan adik bradik…huhu rindu tul kat dorang :(

5 perkara yang i sedang buat

  1. Dok menaip lah tag neh la…
  2. Dok berfikir macam2 hal…
  3. Tengok kuku Dah panjang la…xmo kerat lagi
  4. Tengok jam
  5. Apa lagi jom Balik…dah lewat neh…
* ala..kamera tertinggal lagi kat umah nak masuk pic yg bkaitan kat atas neh. Nampak sangat x suka bergambar hehe…ate klu sempat ate masukkan lah yea gambanye yea.

August 28, 2007

antara event2 yang berlaku di PUTRAJAYA

Filed under: Uncategorized

1. PERTANDINGAN BUNGA API PERINGKAT ANTARABANGSA

TARIKH: 22 OGOS HINGGA 2 SEPTEMBER 2007 ( MENGIKUT TARIKH YG DITETAPKAN DLM AKBAR ADA)

MASA: 10.00 PM

TEMPAT: PICC ( PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA)

2. FLORAL

TARIKH : 25hb OGOS HINGGA 2hb SEPTEMBER ( MUKTAMAT)

MASA : 09.00 AM TO 10.00 PM

TEMPAT:PRESINT 2

3. FUNFAIR

TARIKH : 22hb HINGGA TAK TENTU LAGI :)

MASA :07.00PM TO 12.00 AM

TEMPAT : BERHADAPAN PICC

* Ketiga-tiga tempat diatas aku dah p. tempat pertama dan kedua aku ada amik gambar nnt2 aku masukan unutuk rujukkan kawan2 ku yang jauh dan x dapat hadir. 

August 25, 2007

bunga api…

Filed under: Uncategorized

 

* Laila neh bukan bunga api yang dorang dok lawan tue tau. Neh bunga api yang masa hari kesenian & kebudayaan bulan 7 aritu. Malam nie I’ALLAH kami p tangkap len…malam nie Itali lak wat presentation. 

August 24, 2007

Cerita Sadiss lagi Tragiss

Filed under: Uncategorized

>"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
>membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
>
>"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah,
>ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak
>sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
>
>"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
>Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka
>yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,
>ye?"
>
>"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
>abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
>tercinta.
>
>Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
>jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
>isterinya, Julia. "Tak
>sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
>
>Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
>semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera
>sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
>memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
>Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya
>yang sedang tidur.
>
>"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
>tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks… cepat sikit kita sampai kampung
>nanti."
>"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…. jangan laju sangat bang, Julia
>takut."
>Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Julia,
>tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa
>was-was.
>
>"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya
>memotong bas ekspres tadi.
>
>"Sudah la tu bang."
>
>"Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa…."
>Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
>Ahmad terus
>membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya tersergam sebuah lori
>balak yang besar dan gagah dan….. BANG!!.
>
>"Julia….bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka
>matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
>Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda….mana anak-anak saya mak?"
>Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya
>lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang
>Julia
>tepat-tepat.
>
>"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
>
>PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa  emaknya buat dia macam tu?
>
>"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja
>pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
>tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!"
>emaknya terus merungut sambil berlalu keluar……. dan Julia tersengih
>keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! " tutup rapat2.
>
>Moral of story: Solatlah asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibu anda.

August 20, 2007

msg meebo

Filed under: Uncategorized

tetiba arini dia online…setelah hampir 2 bulan tidak mengetahui kabar berita dia. Rupa2nya dia mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan tulang bahunya lari.

[17:42] a_yufendi: maafkan saya kerana tidak menghubungi anda …..
[17:43] a_yufendi: saya kuarang c hat akibat kemalangan di jalan raya…
[17:43] a_yufendi: maafkan saya
[17:43] mass_q2003: APA?
[17:43] mass_q2003: BILA?

[17:45] a_yufendi: saya ada kat gombak umah orang tua saya

[17:45] mass_q2003: saya ingatkan awak bz ngan keje…
[17:45] a_yufendi: masih ada mc dari kerajaan 2 minggu lagi
[17:45] mass_q2003: xmau la kacau..
[17:45] mass_q2003: awak…rupa2 nya
[17:46] a_yufendi: saya kemalangandi atas motor
[17:46] mass_q2003: apa motor?
[17:46] mass_q2003: teruk x neh>
[17:46] a_yufendi: saya naik motor semasa pulang kerja
[17:46] mass_q2003: berangan ke masa bawak moto tuh?
[17:46] a_yufendi: tulang bahu lari dari kedudukan nya

*dah la kawan baik (cik angel)  pon xcident bawa moto gak…nie yg membuatkan aku fobia nak bawak moto.

August 17, 2007

ala…xder apa2 nak tulih la…

Filed under: Uncategorized
 
 wat masa la…aku xder mende nak taip…blur sungguh2 neh.

August 13, 2007

thanks Faisal…

Filed under: Uncategorized

hehe…segala perubahan yang berlaku kat entry aku neh adalah pertolongan dari faisal. Anyway thanks a lot Faisal. Leh tahan ilmu ko lam bidang neh ek? hehe…klu ko x tolong mesti entry aku neh masih lagi yang sama x berubah.

August 11, 2007

perempuan akal setipis rambutnya…

Filed under: Uncategorized

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkankan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. suburkankanlah keranadari situlah nanti meraka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘ women gladiator’. Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki2 waja: negarawan, karyawan, jutawan dan"wan-wan" yang lain. Tidak akan hadir ’superman’ tanpa ’superwomen’.

Bila wanita derhaka dunia lelaki huu-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jangtung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengaharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nercaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seprti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Three Women Art Print by Bell Johnson

August 6, 2007

RENUNG2KANLAH…

Filed under: Uncategorized

Lepas wat keje aku mayap jap kat ekawan…dah lama tui aku x join ekawan. Sebaik ingat lagi password nyer.

Lam aku aku mayap2 tuh…terjumpa la 1 perkataan neh…yang aku rasa boleh dijadikan iktibar tuk diri aku sendiri dan kawan2 blog aku.

“Sentiasalah SETTING niat, UPGRADE Iman, DOWNLOAD sabar, UPLOAD usaha, DELETE dosa, UPDATE doa dan TOP-UP ilmu, supaya dapatlah REDEEM pahala - (Dr HM Tuah)

 ok korang camner ok x ayat2 kat atas neh. Jangan takat renung ajer tapi mesti dilakukan tau!

August 2, 2007

DOK DIAM2…

Filed under: Uncategorized

DOK DIAM-DIAM LAGI BAGUS!






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer