Destiny_kampungurls

July 17, 2007

HARINI BOSKU MASUK PAPER METRO

Filed under: Uncategorized

Baiki enjin suka-suka jadi bisnes

MELIHAT hasil kreativiti Mahmudin Ahmad, 40, mengubah suai van Daihatsu model 1989 miliknya, pasti anda terpegun kerana ia memang unik dan menarik.
Model berkenaan yang kebanyakan berkarat atau ditinggalkan di tepi jalan itu masih gagah malah kerja pengubahsuaian menjadikan jentera itu menarik serta mantap di jalan raya.
Kerja pengubahsuaian bukan sekadar menyertai pertandingan tetapi mempromosikan perniagaan insurans.
Mahmudin yang bertugas sebagai Pengurus Kumpulan Agensi Takaful Kuala Lumpur, berkata pada peringkat awal van berkenaan dibeli dari seorang rakan untuk mengangkut pekerjanya melakukan promosi insurans.
Bagaimanapun, selepas mengikuti beberapa siri pertandingan kereta cantik, dia mengubah fikiran untuk melakukan kerja pengubahsuaian menyeluruh terhadap jentera berkenaan.
“Pada peringkat awal, van ini memang usang. Selepas membaiki enjin dan beberapa bahagian kenderaan saya terfikir untuk melakukan kerja pengubahsuaian sepenuhnya dengan menambah aksesori bagi memantapkan van ini,” katanya.
Projek pengubahsuaian berkenaan dilakukan di bengkel Lan KJ Airbrush Jalan Bukit Mewah, Kajang, Selangor dan ia mengambil masa beberapa bulan untuk siap.
Kerja pengubahsuaian bahagian luaran yang dilakukan termasuk penambahan kit badan ‘custom’ yang dihasilkan menggunakan gentian kaca termasuk menaik taraf bahagian dalaman supaya kelihatan lebih kemas.
Selepas kerja penambahan kit badan kenderaan seperti skirt sisi dan pemecah angin belakang, dia menukar warna asal jentera berkenaan kepada Oren Metalik yang menjadikannya lebih menarik dan garang.
Walaupun melaburkan lebih RM12,000 untuk kerja pengubahsuaian luaran dan dalaman, hatinya belum puas sebelum membuat keputusan mempertingkatkan sistem audio van berkenaan.
Untuk menjadikan van berkenaan unik dia membelanjakan RM15,000 bagi menambah pelbagai aksesori audionya.
Menurutnya, kerja dan konsep pengubahsuaian audio berkenaan diserahkan kepada pakar audio berpengalaman di Kelana Jaya. Kerja menaik taraf sistem audio berkenaan termasuk pemasangan unit woofer, tweeter dan midrange berkualiti.
Dengan jumlah pelaburan yang tinggi dia ternyata berpuas hati dengan hasilnya. Van berkenaan kini digunakan sebagai aset promosi bagi menarik ramai orang untuk membeli polisi insurans yang ditawarkannya.
“Van ini bukan untuk memasuki pertandingan tetapi saya gunakan bagi mempromosikan insurans kepada orang ramai. Apabila mereka melihat secara dekat van ini kami hiburkan mereka dengan muzik bertenaga dan ia menarik mereka untuk menjadi pelanggan,” katanya.
Walaupun, ada yang berpendapat hobinya itu membazir, Mahmudin berpuas hati dengan hasil pengubahsuaian berkenaan kerana ia memberi kepuasan kepada dirinya dan pelanggan.

 * aku nak masukkan pic bos cari lam tenet xder plak. Nak scan scanner plak xder.

1 Comment »

The URI to TrackBack this entry is: http://mass83.blogsome.com/2007/07/17/harini-bosku-masuk-paper-metro/trackback/

  1. salam kenal..mekasih menyinggah..cari2 mane le kotak menjerit tuan umah..ke shaye yg rabun?hikss…

    Comment by kriesz — July 18, 2007 @ 2:37 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer